Pada era pascaperindustrian yang serba mencabar ini , pengangkutan awam mula dimajukan semasa penjajahan British di Malaysia. Malaysia mempunyai rangkaian jalan raya yang merangkumi 63,445km . Pengangkutan di Malaysia perlu dimajukan kerana pengangkutan awam kini telah menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak ke satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Telah menjadi kebiasaan semua orang di Malaysia akan menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja. Perkara ini mengebabkan masalah trafik di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur , Ipoh dan Johor Bahru . Secara tidak langsung ia mendatangkan kesan yang buruk terhadap udara di Malaysia . Untuk menyelakkan pencemaran dan masalah trafik ini terus berleluasa , kerajaan perlu memperkukuhkan lagi sistem pengangkutan awam di Malaysia agar setiap lapisan masyarakat akan menggunakannya. Jika kemelut ini dapat diselesaikan dengan menjadikan pengangkutan awam sebagai teras utama , masalah trafik akan turun ke tahap sosioekonomi masyarakat dari aspek produktiviti . Selain itu , kos rawatan hospital , kualiti hidup , kebersihan di Malaysia turut menjadi kesan baik apabila kemelut ini diselesaikan.
Pengangkutan di Malaysia seperti :
Bas awam |
Teksi |
Sistem Transit Tren Ringan (LRT) |
Monorel |
Banyak kemelut yang berada dalam sistem pengangkutan ini yang perlu diselesaikan agar kerajaan dapat merealisasikan harapan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai teras utama di Malaysia.
Antara kemelut yang perlu diperbaiki :
Tuntasnya, kemelut dalam sistem pengangkutan awam di Malaysia perlu diselesaikan dengan penambahbaikan. Sekiranya permasalahan tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kerajaan perlu terampil dan mengkaji sehingga ke akar umbi agar segala permasalahan dapat diselesaikan . Jangan pula sudah terhantuk baru terngadah.
Antara kemelut yang perlu diperbaiki :
- Kos tambang yang mahal dan tidak munasabah. Sebagai contoh teksi dan LRT yang mempunyai kos tambang yang agak mahal sehingga membebankan masyarakat terutama yang kurang berkemampuan. Hal ini dibuktikan bahawa penggunaan pengangkutan tersebut tidak memperluas seperti pengangkutan yang lain . Kebanyakkan masyarakat hanya akan menggunakan pengangkutan tersebut apabila terdesak sahaja. Kerajaan perlu mengurangkan harga tambang agar setiap masyarakat akan menggunakan kemudahan pengangkutan awam.
- Jadual perjalanan yang tidak menepati masa . Sebagai contoh pengangkutan bas awam , LRT dan teksi yang telah mengecewakan hati masyarakat . Masyarakat tidak dapat menjangka waktu perjalanan mereka untuk ke suatu destinasi. Jika masyarakat ingin pergi ke suatu destinasi atas urusan penting , misalnya urusan kerja , mereka lebih cenderung untuk menggunakan kenderaan sendiri oleh kerana tidak yakin akan sistem rapuh pengangkutan awam tersebut. Pengurus pengangkutan awam perlu menjadikan negara Jepun sebagai contoh . Negara Jepun terkenal dengan pengurusan masa perjalanan kereta api yang sangat sistematik .
- Pengangkutan awam kurang di kawasan terpencil. Di kawasan pendalaman dan terpencil seperti kawasan kampung kurang memiliki kemudahan pengangkutan awam seperti stesen bas , KTM dan LRT. Mereka sukar untuk menggunakan kemudaha pengangkutan awam untuk pergi ke suatu destinasi , jadi mereka akan menggunakan kenderaan sendiri . Hal ini perlu diselesaikan jika kita mahu melihat masyarakat kita berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan perlu memperbanyakkan kemudahan pengangkutan awam terutama di kawasan terpencil . Hal ini akan memudahkan masyarakat untuk menggunakan pengangkutan awam dan secara tidak langsung dapat merealisasikan impian kerajaan.
Tuntasnya, kemelut dalam sistem pengangkutan awam di Malaysia perlu diselesaikan dengan penambahbaikan. Sekiranya permasalahan tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kerajaan perlu terampil dan mengkaji sehingga ke akar umbi agar segala permasalahan dapat diselesaikan . Jangan pula sudah terhantuk baru terngadah.