Semasa pemerintahan penjajahan British , pengangkutan di Malaysia mula dimajukan. Dengan rangkaian jalan raya yang sangat besar di Malaysia , merangkumi 63,445 km , termasuk 1,630 km lebuhraya . Wajar mempunyai pengangkutan awam yang banyak supaya memudahkan rakyat untuk pergi kesuatu tempat ke suatu tempat yang lain. Lebuhraya utama negara kita melebihi 800 km , mencapai sempadan Thai dari Singapura. Antara pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia ialah bas , kereta api , kereta dan kapal terbang.
Kebanyakkan bandar raya yang besar disambungkan dengan laluan udara . Di Malaysia terdapat enam buah lapangan terbang antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri. Sistem kereta api pula diuruskan oleh syarikat tempata dan merangkumi 1798 km , di Semenanjung Malaysia.
Darat
Jalan raya
Rencana utama: Sistem Jalan Persekutuan Malaysia, Sistem Jalan Negeri Malaysia, dan Sistem Lebuh Raya Malaysia
Lihat juga: PLUS Expressway Berhad
Rangkaian jalan raya Malaysia merangkumi 98,721 kilometer (61,342 bt), 80,280 kilometer (49,884 bt) berturap, dan 1,821 kilometer (1,132 bt) merupakan lebuh raya.[1] Lebuh raya terpanjang negara ini, Lebuh Raya Utara-Selatan berpanjang melebihi 800 kilometer (497 bt) di antara sempadan Thai dan Singapura. Sistem jalan raya di Sabah dan Sarawak kurang dimajukan dan bermutu rendah jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia. Pemanduan di kiri adalah wajib sejak pengenalan kereta bermotor di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1903 semasa era penjajahan British.
Kereta api
Rencana utama: Pengangkutan kereta api di Malaysia, Keretapi Tanah Melayu, dan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah
Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1,849 kilometer (1,149 bt). 1,792 kilometer (1,113 bt) daripadanya merupakan landasan sempit, sementara 57 kilometer (35 bt) merupakan landasan piawai. 150 kilometer (93 bt) daripada landasan sempit dan semua landasan piawai berelektrik. Sistem Transit Aliran Ringan bertingkat yang agak murah digunakan di sesetengah bandar raya, seperti Kuala Lumpur.
Jalan air
Malaysia mempunyai jalan air sepanjang 7,200 kilometer (4,474 bt), kebanyakannya sungai. Daripada ini, 3,200 kilometer (1,988 bt) terletak di Semenanjung Malaysia, 1,500 kilometer (932 bt) di Sabah, dan 2,500 kilometer (1,553 bt) di Sarawak.
Talian paip
Lihat juga: Talian Paip Gas Semananjung
Malaysia mempunyai 3 kilometer (2 bt) talian paip luwapan, 1,965 kilometer (1,221 bt) talian paip gas, 31 kilometer (19 bt) talian paip minyak, dan 114 kilometer (71 bt) talian paip produk bertapis.
Pelabuhan
Bot ulang-alik membawa dengan feri kepada feri Melaka-Sumatera (bot kuning besar) berlabuh di luar pesisir dekat Melaka
Ini senarai pelabuhan di Malaysia:
- Bintulu
- Pelabuhan Klang
- Kota Kinabalu
- Kuala Kedah
- Kuantan
- Kemaman
- Kuching
- Kudat
- Labuan
- Lahad Datu
- Lumut
- Miri
- Pasir Gudang
- George Town, Pulau Pinang
- Port Dickson
- Sandakan
- Sibu
- Tanjung Berhala
- Tanjung Kidurong
- Tawau
- Tanjung Pelepas
- Feri[sunting | sunting sumber]
- Perkhidmatan Feri Pulau Pinang
- Perkhidmatan Feri Langkawi
- Perkhidmatan Feri Pangkor
- Perkhidmatan Feri Tioman
- Perkhidmatan Feri Labuan
- Perkhidmatan Feri Tawau
- Perkhidmatan Feri Miri
- Perkhidmatan Feri Sandakan
Perkapalan perdagangan
Jumlah: 360 buah kapal (1,000 GRT atau lebih) 5,389,397 GRT/7,539,178 metric tons berat mati (DWT) mengikut jenis: gas cair 25, kargo 100, kontena 66, pengankut kenderaan 8, pengangkut ternakan 1, penumpang 2, pukal 59, ro-ro 5, tangki kimia 38, tangki petroleum 56
Milik negara asing: China 1, Filipina 2, Hong Kong 8, Indonesia 2, Jepun 2, Jerman 2, Korea Selatan 1, Liberia 1, Monaco 1, Norway 1, Singapura 81, Vietnam 1
terdaftar di negara lain: 75 (anggaran 2009)
Udara
Peta laluan pengangkutan udara di Malaysia
Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]
Lihat juga: Senarai lapangan terbang di Malaysia
117 (anggaran 2003)
Lapangan terbang dengan landasan berturap
Jumlah: 38
Melebihi 3,047 m: 5
2,438 ke 3,047 m: 7
1,524 ke 2,437 m: 10
914 ke 1,523 m: 9
Kurang daripada 914 m: 7 (anggaran 2004)
Pangkalan helikopter
2 (anggaran 2006)
SUMBER : WIKIPEDIA
No comments :
Post a Comment