Saturday, 27 June 2015

Transformasi pengangkutan awam capai kemajuan


MUHYIDDIN Yassin menandatangani plak perasmian Kompleks Parkir Bertingkat ‘Park n Ride’ di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Liow Tiong Lai (dua, kanan), Syed Hamid Albar (belakang, tiga kanan), Ismail Adam (tiga, kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar (dua, kiri). - BERNAMA
KUALA LUMPUR 28 Jun - Program transformasi pengangkutan awam merekodkan kemajuan memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 21 peratus pada tahun ini berbanding 17 peratus pada 2010 bagi nisbah mod pengangkutan awam bandar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah pengguna pengangkutan awam pada waktu puncak pula mencatatkan sebanyak 437,525 penumpang pada setiap bulan iaitu telah berjaya melepasi sasaran purata 400,000 penumpang sepanjang tahun lalu.
Menurut beliau, peningkatan jumlah pengguna itu dipercayai ekoran beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan kerajaan kepada sistem pengangkutan awam negara menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA).
"Pertambahan peratus nisbah mod pengangkutan awam bandar sepanjang empat tahun lalu itu semakin menghampiri sasaran kepada 25 peratus menjelang 2015 selain sasaran 750,000 penumpang pada setiap bulan serta 75 peratus rakyat akan mempunyai akses kepada laluan pengangkutan awam tahun depan.
"Ketika Malaysia berhadapan ekonomi global dan memulakan transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kita perlu mewujudkan sistem pengangkutan awam bandar bertaraf dunia, selesa serta menawarkan harga berpatutan selari dengan hasrat tersebut.
"NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar (UPT) diperkenalkan untuk menangani masalah-masalah pengangkutan yang biasa kita dengar dan pada masa sama membolehkan keseluruhan infrastruktur menyokong kemajuan negara,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Parkir Bertingkat ‘Park n Ride’ di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Ismail Adam.
Kompleks bernilai RM30 juta itu dilengkapi 1,140 petak kenderaan dengan 144 petak dikhaskan untuk golongan wanita dan 20 petak istimewa untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
Muhyiddin berkata, kerajaan turut membina kemudahan 30 `Park n Ride’ lain di stesen-stesen LRT, KTM Komuter dan Express Rail Sdn. Bhd. (ERL) sekali gus bakal menyediakan 11,000 petak kenderaan untuk pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2015.
Selain itu, kata beliau, beberapa penambahbaikan lain juga diperkenalkan bagi sistem pengangkutan awam seperti penambahan kapasiti set tren perkhidmatan KTM Komuter daripada tiga kepada enam gerabak serta mewujudkan hab pengangkutan awam bersepadu yang strategik seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.
"Inisiatif lain termasuk meningkatkan perhubungan perjalanan dan menyediakan perkhidmatan bas bandar percuma (Go-KL) yang berfungsi untuk menarik minat terhadap penggunaan pengangkutan awam dengan lebih meluas.
"Inisiatif ini merupakan contoh komitmen kerajaan dalam memastikan keselesaan rakyat menjadi keutamaan selain ia merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kepada Menteri Pengangkutan,"katanya.
Muhyiddin sebelum itu bersama-sama rakyat menaiki tren LRT ke Stesen Ampang dan kemudiannya melakukan tinjauan parkir bertingkat di situ.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140629/dn_01/Transformasi-pengangkutan-awam-capai-kemajuan#ixzz3eFnW8iGu 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 24 June 2015

Pengangkutan Di Malaysia


Semasa pemerintahan penjajahan British , pengangkutan di Malaysia mula dimajukan. Dengan rangkaian jalan raya yang sangat besar di Malaysia , merangkumi 63,445 km , termasuk 1,630 km lebuhraya . Wajar mempunyai pengangkutan awam yang banyak supaya memudahkan rakyat untuk pergi kesuatu tempat ke suatu tempat yang lain. Lebuhraya utama negara kita melebihi 800 km , mencapai sempadan Thai dari Singapura. Antara pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia ialah bas , kereta api , kereta dan kapal terbang.

Kebanyakkan bandar raya yang besar disambungkan dengan laluan udara . Di Malaysia terdapat enam buah lapangan terbang antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri. Sistem kereta api pula diuruskan oleh syarikat tempata dan merangkumi 1798 km , di Semenanjung Malaysia.

Darat
Jalan raya
Rencana utama: Sistem Jalan Persekutuan Malaysia, Sistem Jalan Negeri Malaysia, dan Sistem Lebuh Raya Malaysia
Lihat juga: PLUS Expressway Berhad
Rangkaian jalan raya Malaysia merangkumi 98,721 kilometer (61,342 bt), 80,280 kilometer (49,884 bt) berturap, dan 1,821 kilometer (1,132 bt) merupakan lebuh raya.[1] Lebuh raya terpanjang negara ini, Lebuh Raya Utara-Selatan berpanjang melebihi 800 kilometer (497 bt) di antara sempadan Thai dan Singapura. Sistem jalan raya di Sabah dan Sarawak kurang dimajukan dan bermutu rendah jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia. Pemanduan di kiri adalah wajib sejak pengenalan kereta bermotor di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1903 semasa era penjajahan British.

Kereta api
Rencana utama: Pengangkutan kereta api di Malaysia, Keretapi Tanah Melayu, dan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah
Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1,849 kilometer (1,149 bt). 1,792 kilometer (1,113 bt) daripadanya merupakan landasan sempit, sementara 57 kilometer (35 bt) merupakan landasan piawai. 150 kilometer (93 bt) daripada landasan sempit dan semua landasan piawai berelektrik. Sistem Transit Aliran Ringan bertingkat yang agak murah digunakan di sesetengah bandar raya, seperti Kuala Lumpur.

Jalan air
Malaysia mempunyai jalan air sepanjang 7,200 kilometer (4,474 bt), kebanyakannya sungai. Daripada ini, 3,200 kilometer (1,988 bt) terletak di Semenanjung Malaysia, 1,500 kilometer (932 bt) di Sabah, dan 2,500 kilometer (1,553 bt) di Sarawak.

Talian paip
Lihat juga: Talian Paip Gas Semananjung
Malaysia mempunyai 3 kilometer (2 bt) talian paip luwapan, 1,965 kilometer (1,221 bt) talian paip gas, 31 kilometer (19 bt) talian paip minyak, dan 114 kilometer (71 bt) talian paip produk bertapis.

Pelabuhan

Bot ulang-alik membawa dengan feri kepada feri Melaka-Sumatera (bot kuning besar) berlabuh di luar pesisir dekat Melaka
Ini senarai pelabuhan di Malaysia:


  • Bintulu
  • Pelabuhan Klang
  • Kota Kinabalu
  • Kuala Kedah
  • Kuantan
  • Kemaman
  • Kuching
  • Kudat
  • Labuan
  • Lahad Datu
  • Lumut
  • Miri
  • Pasir Gudang
  • George Town, Pulau Pinang
  • Port Dickson
  • Sandakan
  • Sibu
  • Tanjung Berhala
  • Tanjung Kidurong
  • Tawau
  • Tanjung Pelepas
  • Feri[sunting | sunting sumber]
  • Perkhidmatan Feri Pulau Pinang
  • Perkhidmatan Feri Langkawi
  • Perkhidmatan Feri Pangkor
  • Perkhidmatan Feri Tioman
  • Perkhidmatan Feri Labuan
  • Perkhidmatan Feri Tawau
  • Perkhidmatan Feri Miri
  • Perkhidmatan Feri Sandakan

Perkapalan perdagangan
Jumlah: 360 buah kapal (1,000 GRT atau lebih) 5,389,397 GRT/7,539,178 metric tons berat mati (DWT) mengikut jenis: gas cair 25, kargo 100, kontena 66, pengankut kenderaan 8, pengangkut ternakan 1, penumpang 2, pukal 59, ro-ro 5, tangki kimia 38, tangki petroleum 56

Milik negara asing: China 1, Filipina 2, Hong Kong 8, Indonesia 2, Jepun 2, Jerman 2, Korea Selatan 1, Liberia 1, Monaco 1, Norway 1, Singapura 81, Vietnam 1
terdaftar di negara lain: 75 (anggaran 2009)

Udara

Peta laluan pengangkutan udara di Malaysia
Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]
Lihat juga: Senarai lapangan terbang di Malaysia
117 (anggaran 2003)

Lapangan terbang dengan landasan berturap
Jumlah: 38
Melebihi 3,047 m: 5
2,438 ke 3,047 m: 7
1,524 ke 2,437 m: 10
914 ke 1,523 m: 9
Kurang daripada 914 m: 7 (anggaran 2004)

Pangkalan helikopter
2 (anggaran 2006)

SUMBER : WIKIPEDIA

Tuesday, 23 June 2015

Definisi - Transformasi Pengangkutan Awam Keutamaan Rakyat


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada pembaca yang dihormati sekalian ,

Saya Aaizaatt Bin Azhar dari Smk Serendah , berumur 16 tahun , berada ditingkatan 4Viva iaitu kelas sains satu akan menghuraikan mengenai "Transformasi Pengangkutan Awam Keutamaan Rakyat". Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan info-info yang berkenaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  , transformasi ditakrifkan sebagai perubahan bentuk , sifat , rupa dan keadaan , pengangkutan pula ditakrifkan sebagai pembawaan ( barang-barang dan lain-lain ) dari satu tempat ke tempat yang lain , awam pula bermaksud umum , keutamaan ditakrifkan sebagai kelebihan daripada yang lain , keistimewaan , keunggulan , dan rakyat pula bersinonim dengan warganegara , penduduk , dan bumiputera .



Copyright © 2012 Reserved to Aaizaatt Azhar